skip to Main Content
Jom berwaqaf sekarang:

Memupuk masyarakat berilmu, dengan pahala yang terus mengalir.

Penerbit Alami Sdn Bhd (1308343-P) adalah sebuah syarikat penerbitan buku yang mengkhususkan tentang sejarah Islam Alam Melayu dan sejarah Islam Tamadun Dunia. Program waqafbuku.com  ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat untuk berwaqaf kepada institusi pengajian Islam tradisional & moden di Malaysia.

Program ini tidak mewakili mana-mana institusi pengajian Islam tradisional & moden dalam mengutip dana atau sumbangan waqaf. Ia adalah inisiatif syarikat untuk mengangkat martabat institusi pengajian tersebut dari segi ilmu sejarah Islam.

AQAD WAQAF BUKU (Pemohon)

Saya ________ mewakilkan pihak Penerbit Alami Sdn Bhd untuk menguruskan Waqaf Buku ini dengan kadar sebanyak ________  bahagian / buku, kerana Allah S.W.T

PAKEJ 1 BUKU:
  • Pakej ini bernilai RM300 bersamaan sebuah kitab Miftahul Malayu (Sejarah Islam Alam Melayu). Pakej ini adalah milikan penuh pewaqaf kepada seorang huffaz.
PAKEJ 1 BAHAGIAN:
  • Pakej ini bernilai RM20 bersamaan 1 bahagian daripada 15 bahagian kitab Miftahul Malayu (Sejarah Islam Alam Melayu). Pakej ini adalah perkongsian pewaqaf sebanyak 15 bahagian bagi melengkapkan sebuah kitab dan diwaqafkan kepada seorang huffaz.
  • Maklumat Pemohon Waqaf

    *Waqaf RM300 Per Buku

    *Waqaf RM20 Per Bahagian

    *Terma & Syarat
Soalan-soalan lazim

Waqaf berasal dari perkataan Arab waqf, iaitu kata nama terbitan (masdar) dari kata kerja wakafa. Ianya mempunyai pelbagai makna mengikut tujuan dan penggunaan ayat itu sendiri. Dari segi bahasa, waqf memberi makna berhenti, menahan, dan menegah.

Dari segi syarak pula, waqaf bermaksud menahan sesuatu harta yang kekal fizikalnya untuk dimanfaatkanoleh orang lain bagi tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melepaskan milik yang harus dan wujud. Waqaf juga memberi maksud berhenti di mana amalan tersebut menghentikan transaksi pindah milik harta tersebut. Maka harta yang diwaqafkan tidak boleh dihadiahkan, disedekahkan , dihibahkan, dijualkan, dipusakakan dan lain-lain jenis transaksi pindah milik.

Menurut Imam Syafie pula, waqaf adalah menahan harta yang dapat diambil manfaatnya disertai dengan kekekalan zat benda, lepas dari penguasaan pewakaf dan dimanfaatkan pada sesuatu yang diharuskan (diperbolehkan) dalam agama.

Hukum berwaqaf adalah sunat.

Waqaf buku adalah menjadikan buku sebagai barang yang diwaqafkan (harta waqaf). Pewaqaf akan membeli sebahagian daripada buku dan mewaqafkan buku tersebut.

Buku ini di salurkan ke Institusi Pengajian Islam Tradisional & Moden (Maahad Tahfiz, Madrasah, Pondok dan Sekolah Agama)

Experience the unforgetable Experience

Copyright © BIZMILLA TRAVEL & TOURS [F]

Close search

Cart

Back To Top