Satu inisiatif bagi mengharmonikan bangsa. Dibangunkan oleh Penerbit Alami Sdn Bhd.
Memupuk masyarakat berilmu, dengan pahala yang terus mengalir.
Penerbit Alami Sdn Bhd (1308343-P) adalah sebuah syarikat penerbitan buku yang mengkhususkan tentang sejarah Islam Alam Melayu dan sejarah Islam Tamadun Dunia. Program waqafbuku.com ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat untuk berwaqaf kepada institusi pengajian Islam tradisional & moden di Malaysia.
Program ini tidak mewakili mana-mana institusi pengajian Islam tradisional & moden dalam mengutip dana atau sumbangan waqaf. Ia adalah inisiatif syarikat untuk mengangkat martabat institusi pengajian tersebut dari segi ilmu sejarah Islam.
AQAD WAQAF BUKU (Pemohon)
Saya ________ mewakilkan pihak Penerbit Alami Sdn Bhd untuk menguruskan Waqaf Buku ini dengan kadar sebanyak ________ bahagian / buku, kerana Allah S.W.T
Waqaf berasal dari perkataan Arab waqf, iaitu kata nama terbitan (masdar) dari kata kerja wakafa. Ianya mempunyai pelbagai makna mengikut tujuan dan penggunaan ayat itu sendiri. Dari segi bahasa, waqf memberi makna berhenti, menahan, dan menegah.
Dari segi syarak pula, waqaf bermaksud menahan sesuatu harta yang kekal fizikalnya untuk dimanfaatkanoleh orang lain bagi tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melepaskan milik yang harus dan wujud. Waqaf juga memberi maksud berhenti di mana amalan tersebut menghentikan transaksi pindah milik harta tersebut. Maka harta yang diwaqafkan tidak boleh dihadiahkan, disedekahkan , dihibahkan, dijualkan, dipusakakan dan lain-lain jenis transaksi pindah milik.
Menurut Imam Syafie pula, waqaf adalah menahan harta yang dapat diambil manfaatnya disertai dengan kekekalan zat benda, lepas dari penguasaan pewakaf dan dimanfaatkan pada sesuatu yang diharuskan (diperbolehkan) dalam agama.
Hukum berwaqaf adalah sunat.
Waqaf buku adalah menjadikan buku sebagai barang yang diwaqafkan (harta waqaf). Pewaqaf akan membeli sebahagian daripada buku dan mewaqafkan buku tersebut.
Buku ini di salurkan ke perpustakaan institusi pendidikan, masjid & surau jumaat dan rumah kebajikan.